Followers

29 April 2015

ini dia

Unknown | 05:57 | 0Comments |
Dulu.
Ketawa terbahak-bahak.
Bercinta bagai nak rak.
Bersembang sampai nak tercabut anak tekak.

Dulu.
Ikhtilat tak pernah dielak.
Nasihat sengaja buat pekak.
Hati keras umpama kerak.
Aurat ada yang terbukak.

Itu dulu.
Itu aku.
Aku yang dulu.

Kini.
Aku belum sempurna.
Namun aku sudah berubah.
Walau belum sepenuhnya.
Anak tangga penghijrahan ini sedang ku tapak satu per satu.

Tangga hijrah.
Setiap kali aku melangkah aku menemui ilmu baru.
Ilmu bersabar tatkala dikeji.
Ilmu merendah diri tatkala dipuji.
Banyak sudah yang aku pelajari.

Dicaci?
Dihina?
Diherdik?
Dipuji?
Digelar ustazah?
Itu yang kau panggil ujian?

Itu bukan ujian melainkan nikmat pengalaman.
Agar apabila kau jatuh nanti.
Kau segera bangkit.
Kau tak mudah rebah.
Kau sentiasa senyum.
Kau tahu ini kasih sayang yang berterusan dari Tuhan.
Dari Allah agar kau terus menerus menghargai nikmat cahaya hidayah.

16 April 2015

insan yang bergelar hamba Allah

Unknown | 03:40 | 0Comments |
Insan yang bergelar hamba Allah yang juga manusia biasa.
Sebagai manusia punya rasa yang sama,
Bila muslimah itu salah dalam langkahnya,

Jangan lah melabel dia hina hanya kerana imej yang dia bawa. "Pakai tudung labuh je lebih.. "
"Tutup semua konon.. padahal.. "
Tudung labuh itu tak berdosa.
Tudung itu amanah Allah padanya.
Tudung labuh itu tak bersalah atas dosa yang dia lakukan.

Jika dia berdosa, salahkan dirinya.
Bukan tudung yang ada di kepalanya.

Tolong,
Jangan salahkan tudungnya.
Jangan salahkan imej yang dia bawa.
Kerana Itu soal akhlaknya.
Imej yang dia bawa itu sempurna.

Cuma dia yang tidak pernah sempurna.
dia yang tak lari dari berbuat dosa.
Jangan lah dianggap dia sempurna tanpa cela.

Jangan expect terlalu tinggi.
Kerana dia juga baru ingin merubah dirinya.

Terlalu besar tanggapan dan harapan padanya.
Cuba belajar menerima mereka.

Jika kamu tidak mahu terima perubahan dia,
Jangan lah kamu menghina imej yang dia bawa.
Kerana dia berusaha menjaga amanah Allah padanya.

Muslimah bertudung labuh tertutup sempurna itu juga manusia biasa
Dan untuk mu muslimah,

Jangan gentar bila ada yang mengeji.

Mencaci.
Memaki.
Dugaan.
Ujian.

Tak semua orang akan suka perubahan kamu.
Tak semua orang akan senyum dengan pakaianmu.
Tak semua orang akan bahagia melihat akhlak dan perubahanmu.

Ingat satu.
Penilaian itu semua Allah yang tahu.
Kita tak tahu.
Mereka juga tak tahu.

Kerana mereka juga manusia sepertimu.
Jadikan mereka kekuatan untuk terus melangkah.
Bukan alasan untuk kamu rebah.
Ini namanya medan.

Medan perjuangan menuju jannah.
Menuju redha Allah.

07 March 2015

Selepas hujan ada pelangi

Unknown | 00:42 | 2Comments |



Kenapa semalam aku kuat

Kenapa hari ini aku down

Selepas hujan ada pelangi

Tetapi aku lupa seperkara

Selepas pelangi boleh hujan lagi

Mungkin selepas itu petir muncul

Bukannya pelangi seperti aku harapkan

Perancangan Allah itu sangat indah

Hujan,pelangi hatta petir pun

Terpulang pada diri sendiri

Nak faham macam mana

Bila hujan

Kau mandilah hujan

Kalau demam minum air cap badak satu tempayan

Sakit boleh tolong hapuskan dosa yang setinggi tujuh langit

Bila pelangi

Cubalah cari hujung pelangi

Kononnya ada harta karut

Boleh biayai lagi 4 tahun pengajian aku

Bila petir

Takut disambar petir bila keluar

Jadi tarik selimut tidur

Dan nikmatilah sejuk ala London kejap

Perancangan Allah itu indah kan?

03 March 2015

Kau kuat??

Unknown | 23:27 | 1Comments |


Tanda kau kuat..
Bukan dgan kekuatan ...
Kau mampu angkat barang berat2...
Kuat?
Kau ada muscle
Kau kuat??
...
Takk...
...
Kuat bila kau..mampu senyum ketika Allah uji dgan pelbagai ujian...
Saat kau jatuh...
Kau bangkit secepatnya
Dengan semangat baru..
kerana kau tahu ~
Smua ni tanda Allah sayang...
...
Bila kau nangis...
Kau mampu lap air mata sendiri
dan senyum...
Kerana~
Tiap-Tiap yg berlaku...
Ada hikmah...
...
Saat kau nak putus asa...
Kau berhenti sejenak..
Muhasabah...
fikirkan nikmat Allah yg terlalu banyak..
Untuk kau syukuri...
Hingga kau xmampu nak mengeluh...
Xmampu~
...
Saat kau tak ada sesiapa...
Kau tahu Allah ada sentiasa untuk kau..
Kau cari Allah kemudian luah..
Doa seikhlasnya...
Kerana~
Yg kau inginkan ketenangan..
Inginkan redha Nya ..

Sungguhnya Engkau maha penyayang ~

Ya Allah,sungguh aku hamba pendosa

27 February 2015

"aku sedang berubah"

Unknown | 22:09 | 2Comments |
Assalamualaikum..


.
Bila aku kata "aku sedang berubah"
kadang kala diri ini terbabas juga..
.
maka,
Tegurlah dan bukan menghukum..
sayangilah, bukan memfitnah diriku..
maafkanlah dan bukan membenciku..
mudahkanlah,bukan menambahkan kesusahan..
.
Jadi,
ingatkanlah aku, bukan mengejek..
kerana...
diri ini masih lemah,
mudah terlupa,
mudah terleka..
.
aku cuma seorang musafir
yang perlukan panduan untuk hidup..
.
Bila aku faham satu hukum hidup,
maka hukum yang lain akan datang padaku
untuk aku fahami satu demi satu,,,
.
YA ALLAH...kau bantulah hamba MU ini..
sesungguhnya aku tiada daya dan kekuatan
melainkan dengan pertolonganmu YA ALLAH...
.

26 February 2015

Tersedar

Unknown | 06:30 | 0Comments |


dulu aku penah tersanngkut kat seseorg ni. 

Dia baik akhlak nya tapi kadang tu weird jgk haha. 

Bdk2 lain byk tak suka dia sbb dia bajet alim haha. 
Ntah. 
aku tataw betul ke tak. 

Aku suka gila kat dia tu. 


hmm, 

cara aku dan gaya aku dia dpt hidu feeling aku kat dia. 

Dia tak marah, tak jgk bgi hint apa2. 

then, Kami berkwnlah. 

Lama la jgk. Dah mcm kawan baik.

Tapikan,
 laki dan girl mana bleh jdi kawan baik.


 ramai org anggap kami couple padahal tak. 

Entahlah, aku pun tataw apa status aku dgn dia. Tiada hitam putih.hmmmmm...


sampai satu saat tu aku dgn dia dah mcm tersasar even tak kut.

Kami dah mcm couple. Allahu..


tahun akhir aku dgn dia sama study, kami dah mula tak byk buat benda2 lagha mcm msg ke ape ke.. 

Tik tok tik tok masih berkhayal dan tidur tiba2 tersedar  dari lamunan

Ada sesuaru yg buat aku mula sedar.. 

Malas ah ak nk bgitau apa..

kawan aku ada bgitau

Kalau tiap kali kau buat dosa, dan kau tersedar kau berdosa; bagi aku, itu peluang. Peluang untuk kau tidak mengulang lagi semua khilaf kau.

 disebab kan aku melayan dgn feeling aku ni academik aku kemana, ibadat aku pun dah kemana, 

Tulah jadinya..

Bila kita rasa, hati sudah tak tersengaja ‘tersangkut’ pada sesiapa, jangan mudah mengatakan ianya cinta.

Jangan terlalu melayan dengan asyiknya perasaan yang tak di undang, sebab ianya akan memberi kesan kepada hati.

Mungkin, terlalu memandang pada paras wajahnya, terkesima dengan gayanya, atau terpesona dengan tutur katanya yang di dengar indah di telinga saja.

Istighfar itu ubat yang mujarab, dan taubatlah sebaik-baiknya untuk menyingkir perasaan yang bukan-bukan. 

24 February 2015

Apabila lelaki memandang

Unknown | 23:30 | 4Comments |



aku nak share keadaan yg aku dah lama usha dah benda ni

Apabila lelaki memandang.

Ada perempuan excited bila lelaki pandang, excitednya habis dicerita dekat semua orang.

Lol lelaki stare macam tu kata sweet. It's more to nafsu je kot. Tah lelaki yg baik bukan ke patut tundukkan pandangan? Just saying

Oh come on ladies. Lelaki pandang ada dua sebab,

sebab kau cantik dan satu lagi,menarik nafsu mata mereka. Orang takkan pandang kalau tak bersebab.

Tetapi pandangan lelaki, jangan dibuat main.

Kenapa?

Bila lelaki memandang, dia nampak kamu, tetapi kamu tak tahu apa bayangan dalam mindanya.


Astaghfirullah, bahaya tu.

"Jangan bising kata lelaki tak reti tundukkan pandangan kalau awak tu jenis nak tayang semua benda"

Jadilah wanita yang tidak dipandang lelaki.

Macamana?

Pakaian jangan terlalu menyerlah, tutuplah aurat dan diri sendiri pun jaga mata.

Jangan dop pandang-pandang.

Perempuan anda mampu mengubahnya.

tapikan jadi lelaki tu jgn lah rapuh naw imannya.. buat pe pandang2 klau dah tau dosa.



ehem,

Lelaki jaga la pandangan mata anda kalau tidak bila nafsu menguasai diri lembu pun korg nmpk mcm perempuan ..

Hahaha

"Tundukkan pandangan ni tanda lelaki ada al-Haya' iaitu malunya. Malu itu cerminan iman."



Memendam rasa

Unknown | 00:23 | 2Comments |


Terbaca... ayat ni


Kadangkala memendam rasa itu perlu.

Sekiranya itu bukan jodoh kita,

tidaklah terlalu terkilan.

Sekiranya diberitahu, mungkin akan jadi perkara yang lain dari jangkaan.

Tetapi jangan lupa. Ada cara lain iaitu gunalah orang tengah. ✌

Jangan mudah menaruh perasaan kat orang..sekalipun dia sudah 'ikat' dengan kita,
kerana belum tentu

kbai

23 February 2015

berubah

Unknown | 21:38 | 6Comments |


"Tak dapat hidayah lagi laaa"

Hidayah perlu dicari , takkan datang bergolek depan mata .

"tak sedia lagi la"

Mati tak tunggu kita sedia , kadang kadang tengah lagha pun boleh meninggal .

"Pakai labuh labuh pun perangai macam apa......"

At least dia tutup aurat , lepaskan ayah dan mahram dia dari ditarik keneraka kerana dia .

"Ada je yang tak bertudung tapi baik"

Bertudung tak semestinya baik , tapi seorang yang baik semestinya bertudung .

"dia tu berubah sebab orang tu , orang ni....."

Tak salah berubah kerana manusia , mungkin suatu masa nanti hatinya terbuka untuk berubah dengan ikhlas kerana Allah s.w.t ..

aku akui , aku pun mcm mereka. byk beri alasan kalau org nasihat. Tapi, sampai bila nak jd mcm tu ? tepuk dada tanya iman. Aku tanya apa kabar ?


kbai

Hebatt naa judge manusia

Unknown | 07:10 | 0Comments |


"Budak sekolah agama, tapi perangai mengkhizir buta di sana sini . Better jadi budak sekolah biasa ! "

Waaa , tepuk tangan sikit  Hebatt naa judge manusia .

Ouh i see , orang describe budak sekolah agama ni semua alim. Its mean budak sekolah biasa jahil agama , gitukah ?

* flying slap *

Habaq mai naa ..

Student kat religious school tak semestinya ada agama . And student kat unreligious school tak semestinya jahil agama . Pemikiran tu jangan jumud sangat . Cer open sikit

* tepuk dahi *

Bagi aku , status

" sekolah agama " nih bukan tiket untuk hangpa

" belagak" alim. Tapi "kena" jadi alim .

Apa takrif alim tu ? Alim berbalik kepada A'limun iaitu orang yg berilmu

Surrounding korang tu dah agama bukan? Take chance la ! takkan nak korek hidung jaa 😀

Tak habis lagi , sat !

For budak yg sekolah biasa tu jgn anggap diri hangpa ni jahil agama . Okey nak tanya , orang kat

Australia tu semua Islam ka ? Tapi orang Islam kat sana boleh ja survive . Ilmu depa power lagi . Its

all depend on you ! Jgn salahkan mak bapak hang sbb tak letak kat sekolah agama . Nehi tum nehi
Tapi salahkan diri hang sbb takmau cari ilmu.

Mata , tangan , kaki,mulut . Thats all fadhlu minallah . Kepunyaan Allah . Gunalah inisiatif tu!

" Nikmat mana lagi engkau nak dustakan ? ".

Meh ceq nak peringat balik . kot kot lupa

" Kita bantu agama Allah , Allah bantu kita balik malah kukuhkan lagi kedudukan kita " .

Tak percaya ? mohon selak balik dalam Warkah Cinta Allah (47:7)


Jom tajdid niat
Ikhlas , hamba hina.

Dia Tahu

Unknown | 03:37 | 2Comments |


Dia tahu aku down.

Dia tahu aku penat.

Dia tahu aku lemah.

Dia tahu aku lelah.

Dia tahu betapa hancur luluh hati aku.

Dia tahu betapa tak bermaya aku nak terua melangkah.

Dia tahu.


Tapi Dia nak aku tahu, 67:13.

Al-mulk:13
"Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh,Dia Maha Mengetahui segala isi hati."


Nangis.

Arghh!!! Pedih. Hati ni sakit.

Allah tahu. Allah tahu. Allah tahu.

Di dunya ini tiada yang mudah,

Terkadang ombak badai datang melanda kehidupan kita,

Ada kalanya mehnah pula yang datang bertandang.

Yang dinamakan kehidupan,

Takkan pernah lengkap tanpa hadirnya ujian,

Ujian bukan tanda Allah benci,

Ujian bukan tanda Allah murka.

Sebaliknya,

Ujian tanda Allah sayang,

Tanda Allah rindu.

Ujian bukan melemahkan,

Tapi dengan ujianlah kita akan menjadi semakin kuat,

Lebih kuat dari apa yang kita sangkakan.

Tatkala ujian datang melanda,

Pesan pada diri,

Qowiy! Qowiy! Qowiy!

Di sebalik ujian ini pasti terselit kebahagiaan.

Dekatkan diri pada Allah,

Nescaya kau akan bahagia.

22 February 2015

Cara kau dan aku berbeza

Unknown | 22:20 | 0Comments |


entah,

aku terima je cara org yg nak bgi ilmu ni berpuitis dan ber apa2 je.

Tapi jgnlah terlampau sgt. hinggakan tak faham dan kadang menimbulkan salah faham.

Ilmu tk perlu disampaikan dengan Guna ayat ayat puitis dan siap dengan metofora

Kata imam Ghazali,
biar lah ilmu tu disampaikan secara ringkas dan simple.


Ibaratkan Kita Nk bagitau dekat orang ada tsunami Nk Datang..

Kita akan bagitau dekat orang


"Cepat lari! Ombak Nk dtg"


Ini adalah lebih baik dari kalau berpuitis


"Gerakkan lah kaki mu dan angkat lah akan dia keluar. Sebab ada bahaya yang akan menimpa.. Yang tinggi dan dan lagu.. "

(Contoh je)


Kalau mcm ni, maka agak agak tk sempat orang kampung Nk lari..
Wallahualam

kbai

cita cita

Unknown | 08:13 | 4Comments |


Cita-cita aku supaya aku dapat membina sebuah istana ? Pensyarah ? Arkitek ? Doktor?

apa2 jela. Tapi apa yang paling penting, kita suka buat sesuatu kerja tu. bukan kerana nak pangkat, dipandang tinggi.

Kita buat sesuatu tu biar Allah Ibu bapa redha.

Kita ni hidup dekat dunia sementara. Jadi, gunalah semua masa dengan benda yang baik. Gunakan peluang dengan baik.

Bangun dan capai cita-cita kita yang sebenar. Pilih mana yang kau suka. Ikhlaskan hati .

xyah nak memilih sgt nk kerja ap nnt. Buatnya kau tak dpt acane ? tak melopong ?

kbai

We all have dreams. But in order to make dreams come into reality, it takes an awful lot of determination, dedication, self-discipline, and effort.

SEGMEN: BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH

Unknown | 06:14 | 8Comments |
Jom join..

http://www.ayuinsyirah.my/2015/01/segmen-blogwalking-bersama-ayuinsyirah.html

#kisah Ai ; HIPOKRIT EH

Unknown | 00:31 | 1Comments |


Min : Ai, meh sini sat. Kau reti lukis an. Tolong weh. Lukis bunga yg cikgu suruh tu.


Aku selesai lukis , tiba2 Min menghalau aku.


" Dah, pergi sana, aku guna kau je"

*shock*

even, its not for the first time tapi kesan luka akibat sakit hati itu mendalam.
Sakitnya tu disini, dilubuk hatiku.

Ternyata hipokrit dan berpura2. Buat baik sebab nak take advanced.

Damn

That moment happened around 12 years ago.


funny right? dah lama dah. But still teringat2 benda bodoh tu.

Takpe lah, bukan salah Min pun.  Time tu budak lg. Mana tau apa2.
haha,

dah kenapa aku baik sangat time tu? kenapa tak melawan ? bodoh?

time tu, aku benci semua manusia yg berada disitu dan zaman itu.

aku anggap mereka itu musuh abadi. Tapi, kenapa aku masih diam dan pendam ? why not lepaskan all thing yg terbuku dlm reluk hati?


sebab time tu aku mampu control diri. Aku fikir akan bad thing yg bakal terjadi jika aku 
melawan dan melawan.


aku bukan pengecut

tapi aku tak nak benda yg tak seberapa di besarkan.

ala, budak2 lgi beb. Chill lah. Apa je yg aku boleh buat?


21 February 2015

why terasing

Unknown | 20:28 | 0Comments |


Terasing? why terasing?

terasing related with my life. Kadang, terasing dr realiti sebenar.

kadang berbeza, kadang sama dan kadang tak terjangka

bukannya terasing is aku dibiarkan hidup ke seorang dan bergantung harap

entah pd siapa.

kadang, suka utk aku mengasing kan diri dari mereka2 (kwn2,keluarga)

sebab kadang2 mereka ni merimaskan.

kadangkadang

tapi aku pun cuba utk mengrungkai maksud terasing yg aku nk sampaikan.

sebab aku tahu ia tak tersampai.

dan aku je tau.

dan..

kbai.


To live in this world, you must be able to do three things: to love what is mortal; to hold it against your bones knowing your own life depends on it; and, when the time comes to let it go, to let it go. ~Mary Oliver
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Copyright 2013 | ALL Right Reserved to Owner. Design With Love by Nurrul.