Followers

29 April 2015

ini dia

Unknown | 05:57 | 0Comments |
Dulu.
Ketawa terbahak-bahak.
Bercinta bagai nak rak.
Bersembang sampai nak tercabut anak tekak.

Dulu.
Ikhtilat tak pernah dielak.
Nasihat sengaja buat pekak.
Hati keras umpama kerak.
Aurat ada yang terbukak.

Itu dulu.
Itu aku.
Aku yang dulu.

Kini.
Aku belum sempurna.
Namun aku sudah berubah.
Walau belum sepenuhnya.
Anak tangga penghijrahan ini sedang ku tapak satu per satu.

Tangga hijrah.
Setiap kali aku melangkah aku menemui ilmu baru.
Ilmu bersabar tatkala dikeji.
Ilmu merendah diri tatkala dipuji.
Banyak sudah yang aku pelajari.

Dicaci?
Dihina?
Diherdik?
Dipuji?
Digelar ustazah?
Itu yang kau panggil ujian?

Itu bukan ujian melainkan nikmat pengalaman.
Agar apabila kau jatuh nanti.
Kau segera bangkit.
Kau tak mudah rebah.
Kau sentiasa senyum.
Kau tahu ini kasih sayang yang berterusan dari Tuhan.
Dari Allah agar kau terus menerus menghargai nikmat cahaya hidayah.

16 April 2015

insan yang bergelar hamba Allah

Unknown | 03:40 | 0Comments |
Insan yang bergelar hamba Allah yang juga manusia biasa.
Sebagai manusia punya rasa yang sama,
Bila muslimah itu salah dalam langkahnya,

Jangan lah melabel dia hina hanya kerana imej yang dia bawa. "Pakai tudung labuh je lebih.. "
"Tutup semua konon.. padahal.. "
Tudung labuh itu tak berdosa.
Tudung itu amanah Allah padanya.
Tudung labuh itu tak bersalah atas dosa yang dia lakukan.

Jika dia berdosa, salahkan dirinya.
Bukan tudung yang ada di kepalanya.

Tolong,
Jangan salahkan tudungnya.
Jangan salahkan imej yang dia bawa.
Kerana Itu soal akhlaknya.
Imej yang dia bawa itu sempurna.

Cuma dia yang tidak pernah sempurna.
dia yang tak lari dari berbuat dosa.
Jangan lah dianggap dia sempurna tanpa cela.

Jangan expect terlalu tinggi.
Kerana dia juga baru ingin merubah dirinya.

Terlalu besar tanggapan dan harapan padanya.
Cuba belajar menerima mereka.

Jika kamu tidak mahu terima perubahan dia,
Jangan lah kamu menghina imej yang dia bawa.
Kerana dia berusaha menjaga amanah Allah padanya.

Muslimah bertudung labuh tertutup sempurna itu juga manusia biasa
Dan untuk mu muslimah,

Jangan gentar bila ada yang mengeji.

Mencaci.
Memaki.
Dugaan.
Ujian.

Tak semua orang akan suka perubahan kamu.
Tak semua orang akan senyum dengan pakaianmu.
Tak semua orang akan bahagia melihat akhlak dan perubahanmu.

Ingat satu.
Penilaian itu semua Allah yang tahu.
Kita tak tahu.
Mereka juga tak tahu.

Kerana mereka juga manusia sepertimu.
Jadikan mereka kekuatan untuk terus melangkah.
Bukan alasan untuk kamu rebah.
Ini namanya medan.

Medan perjuangan menuju jannah.
Menuju redha Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Copyright 2013 | ALL Right Reserved to Owner. Design With Love by Nurrul.